Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Sunday 27 March 2016

No Make-Up Mekap by Cozuma

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang satu produk yang saya gelar sebagai No Make-Up Mekap. Konsepnya sama dengan set mekap signature by VJ, namun ia tak serupa ya. Set No Make-Up Mekap ini sebenarnya adalah Set Kecantikan Cozuma yang amat mudah dipakai dan mampu menaikkan seri wajah dalam masa yang singkat. Dan jangan tak percaya, orang yang tak reti nak mekap pun boleh kelihatan cantik seperti didandan oleh jurumekap profesional bila menggunakan Set Kecantikan Cozuma ni.

Jom berkenalan dengan set mekap yang sempoi ini. Set Kecantikan Cozuma ini adalah gabungan Cozuma CC Cream bersama rangkaian lipstik Cozuma yang cantik.

Set Kecantikan Cozuma

Cozuma CC Cream

Krim yang pantas menutup cela pada wajah serta memantapkan kulit wajah agar lebih anjal dan berseri. Mengandungi Ekstrak bunga Marigold, Rosemary dan Manggis yang mampu melega, menyembuh dan melindungi kulit sensitif.

Cozuma CC Cream



Cozuma Mattifying Lipstick (Lipstik Berkabut)

Formula gincu berkabut ini menghaluskan bibir bak sutera dengan kemasan satin dengan liputan warna penuh. Diformulasikan dengan teknologi hebat untuk memastikan warna bibir tahan lama.


Cozuma Mattifying Lipstick


Teknologi Unik Serbuk Warna
- Ekstrak buah betik dan sfera kolagen untuk bibir gebu
- Biji Minyak Safflower dan Minyak Cottonseed untuk meluncur dengan hebat dan memberi kemasan satin
- Vitamin C dan E untuk perlindungan bibir dari persekitaran
- Squalane untuk rasa licin dan ringan

Cozuma Glitzy Shine Lip Gloss

Gincu yang membelai bibir dengan kemasan bercahaya dan berkilu seakan percikan mutiara. Rumusan berkhasiat yang diperkaya dengan Ekstrak Aloe Vera, Safflower dan Vitamin E untuk melembapkan bibir dan bersifat anti-oksidan
Cozuma Glitzy Lip Gloss 

Nampak simple tapi bila dah guna pasti kelihatan lebih elegen dan berkeyakinan. Wow!! Silakan hubungi saya jika anda berminat untuk dapatkan set No Make-Up Mekap by Cozuma ini. Harga istimewa pastinya untuk pembaca blog saya. ;)

Salam Mesra,

Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

No comments:

Post a Comment